Tuesday, August 9, 2016

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM KOD 1225

Bahagian A: Soalan Struktur

1)    Soalan Tanya Nilai

Contoh soalan:
Apakah nilai ……… [1 markah]
Nyatakan dua nilai ……… [2 markah]

Contoh jawaban:
Amanah
Kepercayaan kepada Tuhan

Peringatan:
  •  Tulis nilai sahaja
  •  Tidak boleh salah ejaan sehingga makna berubah
  •  Tidak boleh salah tulis kata hubung / kata sendi / imbuhan dsb
  •  Tidak boleh diterbalikkan susunan
  •  Tidak boleh guna singkatan


2)    Soalan Tanya Maksud Nilai

Contoh soalan:
  1. Jelaskan maksud nilai .........… [2 markah]
  2. Berikan definisi bagi nilai........ [2  markah]


Contoh jawaban:
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

Peringatan:
  • Tulis definisi nilai sahaja
  • Tidak perlu watak
  • Tidak perlu dikaitkan dengan isu / situasi soalan
  • Kesilapan kata sendi / kata hubung / imbuhan / huruf besar / susunan perkataan pada definisi tidak menjejaskan 
3)   Soalan Tanya Nilai dan Huraian Lanjutan

Contoh soalan:
Terangkan dua nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar menjauhi gejala ponteng sekolah. [4 markah]

Format jawapan: NH (Bukan lagi NP)
Ayat N: Watak + Nilai
Ayat H: Bagaimana? / Mengapa? (BUKAN lagi Watak + Kata Kunci + Isu)
NH (2 markah) dan NH (2 markah)

Apakah teknik untuk menulis huraian lanjutan?

Tanya soalan “bagaimana” pada nilai yang anda guna.

Katakan guna nilai harga diri:

“Bagaimanakah” murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri agar menjauhi gejala ponteng sekolah?

Fikir jawapan dengan mengaitkan isu.

Jawapannya:
Contohnya, murid-murid harus menjaga nama baik diri dan keluarganya dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.

  • Selain soalan “bagaimana” ……
  • Tanya soalan “mengapa” pada nilai yang anda guna.
  • Katakan guna nilai mematuhi peraturan dan undang-undang:
  • “Mengapakah” murid-murid harus mematuhi peraturan dan undang-undang?
  • Fikir jawapan dengan mengaitkan isu.

  • Jawapannya:
  • Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah.


Contoh jawapan:

i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Contohnya, mereka harus menjaga nama baik diri dan keluarga dengan tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. (Huraian – Bagaimana?)

ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Hal ini demikian kerana perbuatan ponteng melanggar peraturan sekolah. (Huraian – Mengapa?)

Kalau tulis jawapan ikut format NP, boleh tak?
i) Murid-murid harus mengamalkan nilai harga diri(Ayat Nilai). Mereka harus memuliakan maruah diri dengan menjauhi gejala ponteng sekolah. (Ayat Penerangan) 1 MARKAH SAHAJA!

ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat Nilai). Mereka harus menerima peraturan dengan menjauhi gejala ponteng sekolah. (Ayat Penerangan) 1 MARKAH SAHAJA!

4)    Soalan Tanya Fakta

Contoh soalan:
  • Berikan tiga cara ……… [3 markah]
  • Nyatakan dua kesan ……… [2 markah]
  • Senaraikan tiga kebaikan ……… [3 markah]
  • Cadangkan dua usaha ……… [2 markah]

  • Tujuan: Menilai KBKK
  • Menguji kandungan akademik Ting 4 & Ting 5
  • Jangan tulis nilai sebagai jawapan
  • Perlu tulis ayat fakta


Contoh soalan:
Berikan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu agar tidak cuai ketika berada di jalan raya. [3 markah]

Jawapan:
i)   Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.
ii)  Pastikan kereta dalam keadaan baik.
iii) Mematuhi segala peraturan lalulintas.

5)    Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan

Contoh soalan:
  • Huraikan tiga cara ……… [6 markah]
  • Terangkan dua kesan ……… [4 markah]
  • Jelaskan tiga kebaikan ……… [6 markah]
  • Cadangkan dua usaha ……… [4 markah]


  • Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan contoh / huraian lanjutan
  • Fakta + Contoh
  • Cara untuk menulis ayat contoh:
  • Tanya soalan “Bagaimana?”
  • Tanya soalan “Mengapa?

Contoh soalan:
Terangkan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu agar tidak cuai ketika berada di jalan raya. [6 markah]

Jawaban:
i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.
(Soalan: “Bagaimana” tidak mengantuk?) Contohnya, mendapat tidur yang mencukupi sebelum memandu.

ii} Pastikan kereta dalam keadaan baik.
(Soalan: “Bagaimana” pasti kereta dalam keadaan baik?) Servis kereta lebih kerap.

iii) Mematuhi segala peraturan lalulintas.
(Soalan: “Bagaimana” mematuhi peraturan lalu lintas?) Jangan memandu ketika mabuk.


6)    Soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Contoh soalan:
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak… [2 markah]
(i)___________________________________
(ii)___________________________________

Soalan tidak menyatakan bilangan jawaban
Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii)
Tuliskan jawapan seperti tulis ayat fakta

Contoh soalan:
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pihak berkuasa tidak… [4 markah]
(i)___________________________________
(ii)___________________________________

  • Soalan tidak menyatakan bilangan jawapan
  • Lihat peruntukan markah dan bilangan ruang jawapan (Roman i, ii)
  • Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan contoh / huraian lanjutan 
  • Fakta + Contoh


Contoh soalan:
Bagaimanakah anda menghargai…? Terangkan dua jawapan anda.[4 markah]
______________________________________
______________________________________
______________________________________

  • Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan
  • Tulis jawapan seperti tulis ayat fakta tetapi perlu diikuti dengan contoh / huraian lanjutan
  • Fakta + Contoh


Contoh soalan:
Adakah anda bersetuju….? Kemukakan alasan anda. [2 markah]
_______________________________________
_______________________________________

  • Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan
  • Berikan respon (1 markah)
  • Tuliskan bilangan alasan/fakta yg menyokong respon mengikut baki markah


Contoh soalan:
Apakah perasaan anda….? Berikan dua alasan anda. [3 markah]
_______________________________________
_______________________________________

  • Lihat peruntukan markah dan bilangan jawapan yang diperlukan
  • Berikan respon (1 markah)
  • Tuliskan bilangan alasan/fakta yg menyokong respon mengikut baki markah

   
Bahagian B: Soalan Esei

Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai

Contoh soalan:
Terangkan dua nilai… [10 markah]
Huraikan beberapa nilai… [10 markah]
Jelaskan nilai-nilai… [10 markah]

Soalan Esei Yang Tidak Bertanyakan Nilai

Contoh soalan:
Terangkan lima cara… [10 markah]
Terangkan lima pengajaran… [10 markah]
Setujukan anda…? Huraikan tiga alasan… [10 markah]

Pemarkahan Bagi Esei (KBAT) Jawapan Calon
Esei Yang Bertanyakan Nilai
Esei Yang Tidak Bertanyakan Nilai
Jumlah markah
3 N + 7 H
3 N + 7 H
10 m
2 N + 8 H
2 N + 8 H
10 m
1 N + 9 H
1 N + 9 H
10 m

10 H
10 m

  • Tidak kira soalan esei bertanyakan nilai atau tidak bertanyakan nilai, calon boleh jawab dengan amalan nilai
  • Fakta (F), Contoh (C) dan Huraian (H) dianggap sebagai Huraian (H)


Format Apakah Yang Akan Digunakan???
  • 2 pilihan:
  • Boleh tulis Nilai (N) kemudian disokong dengan Contoh (C) dan/atau Huraian Lanjutan (H)
  • Boleh tulis Fakta (F) kemudian disokong dengan Contoh (C) dan/atau Huraian Lanjutan (H)


Format NCH (Guna Nilai)
  • Mula dengan ayat Nilai, kemudian disokong dengan C dan/atau H.
  • Untuk menulis Contoh (C) atau Huraian (H) bagi setiap Nilai (N) yang anda guna, tanya soalan “Bagaimana” atau “Mengapa” pada nilai tersebut.
  • Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah Contoh (C) / Huraian lanjutan (H).
  • Katakan N1: Kerajinan
  • C1: bagaimana? Contohnya….
  • H1: mengapa? Hal ini demikian kerana….
  • Hal ini demikian supaya….


Format FCH (Tanpa Guna Nilai)
  • Mula dengan ayat Fakta, kemudian disokong dengan C dan/atau H.
  • Untuk menulis Contoh (C) atau Huraian (H) bagi setiap Fakta (F) yang anda guna, tanya soalan
  • “Bagaimana” atau “Mengapa” pada Fakta tersebut.
  • Jawapan yang anda dapat sebenarnya adalah Contoh (C) / Huraian lanjutan (H).
  • Katakan F1: bijak memilih kawan
  • C1: bagaimana? Contohnya….
  • H1: mengapa? Hal ini demikian kerana….
  • Hal ini demikian supaya….


Soalan Esei (KBAT)
Contoh soalan:
  • Terangkan lima cara… [10 markah]
  • Setiap cara diikuti dengan 1 contoh/huraian
  • 1 cara + 1 contoh/huraian = 2 markah
  • Oleh itu, tulis 5 cara + 5 contoh/huraian = 10 markah


Walau bagaimanapun, calon dinasihatkan tulis 15 isi: 5 cara + 5 contoh + 5 huraian
  • Bilangan isi tidak terhad, 10 isi terbaik akan dipilih.


Soalan Esei (KBAT)
  • Contoh soalan:
  • Setujukan anda…? Huraikan tiga alasan… [10 markah]
  • Beri respon = 1 markah
  • 1 alasan + 1 contoh + 1 huraian = 3 markah
  • Oleh itu, tulis 3 alasan + 3 contoh + 3 huraian = 9 markah

 Walau bagaimanapun, calon dinasihatkan tulis 15 isi: 5 alasan + 5 contoh + 5 huraian
  • Bilangan isi tidak terhad, 10 isi terbaik akan dipilih.

Nota Pendidikan Moral SPM 2016

Click here to download.